Wednesday, 18 January 2017

Epal Asam Boi

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri

Assalammualaikum wbt.

Semalam adik ipar memberi epal asam boi. Epal hijau dan merah dipotong baji yang digaul dengan limau kasturi, cili padi, cili merah dan juga asam boi. Rasanya masam-masam manis dan pedas. Sedap.

Biasa dok tengok viral mempelam asam boi saja, belum pernah saya tengok epal merah asam boi. Ok jugak kalau susah nak dapatkan buah mempelam, ganti ja dengan epal.



Monday, 16 January 2017

Onion & Garlic Bun

Teks: Azrinbadrinas binti Abu Bakar
Foto: Koleksi peribadi

Alhamdulillah, masih lagi diberikan nikmat sihat untuk menjalani rutin harian yang makin hari makin mencabar. Sudah beberapa tahun tidak menguruskan anak tahap 1 kerana kedua-dua putera telah mampu berdikari setelah masuk tahun 2 dan 3. Kini tiba masanya untuk menguruskan puteri yang baru masuk tahun 1. Tahun ini pula sekolah menjalankan Dual Language Programme (DLP), di mana tahun 1 akan belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Maka, terpaksalah mencari jalan untuk meningkatupayakan Bahasa Inggeris di rumah. Semoga usaha kami sekeluarga dipermudahkan. Aaminn…

Semalam, sementara menunggu untuk berbuka, sempatlah saya sambung doh roti yang difrozenkan Sabtu lepas. Alhamdulillah, senang untuk uruskan doh, satu jam diletakkan di luar sesudah selesai kerja melipat dan menyidai baju, barulah kerja membentuk doh dimulakan. Dua jenis roti saja yang dapat iaitu onion and garlic bun dan patty bun. Lebihan daging burger saya gunakan sebagai inti bun sebab encik suami dan anak-anak tidak berapa suka dengan bawang putih.





Garlic butter menggunakan anchor butter dan bawang putih yang dicincang, untuk mendapatkan hasil yang lebih aroma, seeloknya bawang putih digoreng sedikit. Memandangkan masa yang suntuk maka saya permudahkan mana yang boleh.





Doh frozen saya leperkan sedikit dengan tangan dan terap di tengah seperti membentuk donut tetapi tidak dilubangkan. Letakkan adunan garlic butter, sedikit bawang besar yang dipotong dadu, mozarella cheese yang siap disagat, sedikit daun parsley, taburkan sedikit serbuk cili dan sos mayonis kewpie ala jepun. Dalam pjj roti, ramai yang menggunakan mayonis kewpie, saya pun terjebak sekali, sebenarnya teringin jugak nak merasa mayonis ala jepun ni. Bezanya roti yang di letak mayonis ini ialah efek atas roti nampak cantik warna keperang-perangan. Rasanya agak sedap jugak, bagi saya macam sedikit masam. Apa pun roti onion and garlic bun sangat sedap, tambah lagi bila dimakan panas-panas. So heaven.

Friday, 6 January 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Teks: Azrinbadrinas Abu Bakar
Foto: Koleksi peribadi


Alhamdulillah, kita telahpun melangkah ke tahun 2017. Dengan tahun baru, hari baru dan azam pun baru, semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Saya pun agak lama tidak update blog ini, memang dan bersawang sebab hampir setahun. Moga tahun ini saya dapat membaiki pengurusan masa agar lebih berkesan.

Tahun 2017, Mukmin dan menginjak ke tingkatan 1 dan Farieha pula ke tahun 1. Beza umur mereka berdua 6 tahun. Akif dan Mukmin beza umur 2 tahun lebih jugak, tapi nampak macam setahun sorang. Sorang 12 Februari 2004 dan sorang 29 Disember 2005. Dua tahun yang produktif 😁.

Permulaan tahun 2017 kami, adalah menghantar Mukmin ke asrama. Minggu-minggu terakhir Disember 2016 dah mula sibuk membuat persiapan sekolah dan asrama hinggalah ke hari orientasi SMKMI pada 2 Januari 2017. Sesuailah dengan sekolah sukan, nama kelas adalah bersempena nama-nama sukan iaitu Olimpik, Komanwel, SEA, Sukma dan Sukpen. Mama harap Mukmin dapat menyesuaikan di MI dan memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sukan, akademik dan agama haruslah seiring.


Selamat maju jaya kepada semua pembaca blog Rahsia Idaman Suri bagi tahun-tahun seterusnya.


Wednesday, 16 March 2016

Tuisyen Untuk Mukmin

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi peribadi


Minggu lepas, anak-anak saya Mukmin dan Akif telah selesai Ujian Prestasi 1 yang bermula 8 -10 Mac. Di dalam takwim sekolah sepatutnya ujian tersebut selepas cuti sekolah. Agak singkat notis yang diberikan oleh cikgu, tapi saya beranggapan Mukmin dan Akif masih lagi segar dengan pelajaran yang diajar oleh guru-guru sekolah. Jika ditanya pada Akif, Sains baru belajar sehingga bab 3.

Mukmin bagi saya, agak lemah Matematik dan English. Ujian yang baru ini, dia memberitahu saya bahawa tidak sempat untuk menjawab semua soalan. Soalan yang susah telah ditinggalkan dahulu, namun soalan yang dirasa boleh jawab pun tidak cukup masa.

Semalam saya luangkan setengah jam sahaja untuk permulaan mengajar Matematik dan Bahasa Inggeris. Untuk Matematik saya menggunakan teknik ebook Skor Pantas Matematik Nori (SPMN) yang saya beli dari cikgu Noraini. Saya telah mengajar anak saya Farieha yang berusia 6 tahun dengan teknik kawan sepuluh yang merupakan salah satu teknik dari ebook tersebut. Alhamdulillah Farieha cepat dapat buat soalan tambah walaupun 10 minit saja saya mengajarnya. Mukmin pun nampak lebih yakin untuk mengira. Belum lagi dapat melihat kesan yang ketara sebab ini baru permulaan untuk membantunya dalam subjek Matematik. 


Wednesday, 9 March 2016

Muffin Coklat Cip Buah Tangan ke Sabah

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri

Pagi semalam seawal jam 3 pagi saya bangun untuk membakar muffin sebagai buah tangan untuk adik ipar dan keluarganya di Sabah. Selalunya saya akan mengirim coklat badam yang merupakan kegemaran mereka sekeluarga. Memandangkan masa yang suntuk, tidak sempat untuk membuat coklat badam. Makanya muffin menjadi pilihan, mudah dan senang membuatnya. Barang-barang juga mencukupi.

Ibu mertua diminta untuk ke sana bagi menemani biras dan anak-anaknya sebab adik ipar perlu berkursus di Terengganu selama 2 bulan. Habis siap membakar muffin jam 4.30 pagi. Siap dengan pembungkusan lebih kurang sejam selepas itu untuk memastikan muffin betul-betul sejuk.

Tiket pun ditempah di saat-saat akhir. Tarikh bertolak 9 Mac, tempahan tiket dibuat 8 Mac. Penerbangan tambang murah dengan Air Asia, rupa-rupanya sekiranya tempahan dibuat kurang dari 24jam, tidak boleh memesan makanan dan bayaran juga tidak boleh menggunakan debit dari bank, hanya kad kredit sahaja diterima. Jika menggunakan kad kredit, bayaran proses adalah lebih mahal dan dikira mengikut bilangan orang, bayaran menggunakan debit pula bayaran proses hanya RM 4.00 untuk setiap tempahan.

Ibu mertua saya ditemani suami saya berangkat dengan penerbangan terus ke Sabah 10:05 pagi. Penerbangan dari Pulau Pinang ke Sabah, biasanya mempunyai 2 penerbangan sehari. Disebabkan suami akan balik ke Pulau Pinang hari yang sama dengan penerbangan 7:50 malam maka, terpaksalah ambil penerbangan awal.




Alhamdulillah, muffin pagi semalam dibuat dengan jayanya. Kadang kala ada juga kejadian muffin melimpah, muffin separuh cawan dan lain-lain lagi seperti di bawah.





Sunday, 21 February 2016

Roti Cendawan dan Bawang

Teks: azrinbadrinas

Foto: koleksi sendiri


Alhamdulillah, semalam buat lagi roti cendawan dan bawang yang digaul telur. Memang telur memberikan efek yang menarik sebagai topping roti.

Hasil sekilo tepung telah menghasilkan 44 biji roti dengan berat lebih kurang 40g untuk sebiji roti. Kali ini saya menambah oregano, mixed herbs dan serbuk cili untuk lebih rasa pedas. Keju cheddar dan mozarella menambahkan lagi rasa lemak pada roti.

30 biji untuk tempahan, selebihnya untuk adalah sebagai sarapan pagi anak-anak dan teman-teman sepejabat.

Kali ini rasa lebih mudah untuk membentuk roti mungkin sebab sebelum ini tepung agak lembik membuatkannya agak susah untuk dibentuk. Saya kurangkan berat air dan mengikut sukatan air dari resipi kak rose, fb: Roseliza Mokhtar. Alhamdulillah, adunan tepung just nice, mempercepatkan proses rounding dan cepat siap berbanding adunan yang lepas. Rasa roti pun sesedap rasa tidak melekit di lelangit. Akhirnya saya dapat resipi yang ideal.
Syukur selalu…

Thursday, 18 February 2016

Roti Teknik Baru

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri


Lebih sebulan rasanya saya telah membeli ebook kak Roseliza Mokhtar mengenai teknik membentuk roti, lebih dari 10 resipi filling roti juga turut diberikan. Teknik beserta filling roti sangat menarik, nampak sangat sedap dan membuatkan roti nampak mewah walaupun bahan-bahan yang digunakan adalah bahan ekonomi sahaja.

Baru-baru ini, barulah saya berkesempatan untuk mencuba teknik-teknik tersebut. Saya telah mencuba filling lemon heaven yang bagi saya sangat nyaman di tekak, sangat segar dengan bau dan rasa lemon yang enak. Langkah-langkah yang diberikan juga sangat mudah dan senang difahami. Roti yang terhasil nampak cantik dan menyelerakan. 

Satu lagi filling yang dicuba adalah gabungan bawang yang digoreng dengan cendawan dan ditambah telur. Rasa filling ini, sangat tidak mengecewakan. Boleh lebihkan cendawan sekiranya anda suka cendawan yang banyak seperti saya.

Jika anda juga peminat roti, bolehlah hubungi kak Rose, untuk dapatkan ebook beliau. She is a very nice person, di Fb: Roseliza Mokhtar.