Muffin Coklat Cip Buah Tangan ke Sabah

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri

Pagi semalam seawal jam 3 pagi saya bangun untuk membakar muffin sebagai buah tangan untuk adik ipar dan keluarganya di Sabah. Selalunya saya akan mengirim coklat badam yang merupakan kegemaran mereka sekeluarga. Memandangkan masa yang suntuk, tidak sempat untuk membuat coklat badam. Makanya muffin menjadi pilihan, mudah dan senang membuatnya. Barang-barang juga mencukupi.

Ibu mertua diminta untuk ke sana bagi menemani biras dan anak-anaknya sebab adik ipar perlu berkursus di Terengganu selama 2 bulan. Habis siap membakar muffin jam 4.30 pagi. Siap dengan pembungkusan lebih kurang sejam selepas itu untuk memastikan muffin betul-betul sejuk.

Tiket pun ditempah di saat-saat akhir. Tarikh bertolak 9 Mac, tempahan tiket dibuat 8 Mac. Penerbangan tambang murah dengan Air Asia, rupa-rupanya sekiranya tempahan dibuat kurang dari 24jam, tidak boleh memesan makanan dan bayaran juga tidak boleh menggunakan debit dari bank, hanya kad kredit sahaja diterima. Jika menggunakan kad kredit, bayaran proses adalah lebih mahal dan dikira mengikut bilangan orang, bayaran menggunakan debit pula bayaran proses hanya RM 4.00 untuk setiap tempahan.

Ibu mertua saya ditemani suami saya berangkat dengan penerbangan terus ke Sabah 10:05 pagi. Penerbangan dari Pulau Pinang ke Sabah, biasanya mempunyai 2 penerbangan sehari. Disebabkan suami akan balik ke Pulau Pinang hari yang sama dengan penerbangan 7:50 malam maka, terpaksalah ambil penerbangan awal.




Alhamdulillah, muffin pagi semalam dibuat dengan jayanya. Kadang kala ada juga kejadian muffin melimpah, muffin separuh cawan dan lain-lain lagi seperti di bawah.





Comments