3 RAHSIA Kulit Tat RANGUP dan SEDAP

Teks: Azrinbadrinas Abu Bakar
Foto: Koleksi sendiri


Sudah setahun lebih tidak buat blueberry cheese tart. Gabungan biskut dan cheese ini adalah kegemaran anak kedua saya, Akif. Bila saja tahu saya nak buat cistat, dia awal-awal dah cakap, "Akif nak order cistat 50 biji sebab dah lama mama tak buat, kata nak buat, tapi tak buat-buat pun, sebagai balasan kena bayar 50 biji cistat". Mukmin pula pesan supaya tinggal kulit tat saja untuk dia sebab dia tak suka cheese. Memang seronok buat cistat tapi bila nak tekan dalam acuan, kemalasan sangat terasa.

Baru-baru ini, saya telah membeli tart presser untuk membuat kulit tart. Memang seronok rasa nak membuatnya, masa dapat disingkatkan, pendek kata tidak rugi membeli tart presses ni. Sebab rasa mudahnya buat kulit tart ni, saya pun berkongsi dengan seorang teman bakers di Bintulu, Sarawak. Dia juga minta saya membeli satu set untuk kegunaannya. Malangnya kehabisan stok.




 Tart presser ini ada 2 saiz, iaitu untuk acuan tart 4.5cm dan 5 cm. Saya balut tempat tekan tart dengan cling plastik supaya ia tidak melekat.

 Tekan saja tepung dalam acuan tart tu.

 Selepas menekan dengan tart presser. Jangan ingat tepi-tepi acuan tak perlu potong. Kena kemaskan ye, dia tak automatik.

 Saya gunakan pisau untuk kemaskan lebihan tart di sekeliling acuan.

 Dah kemas, inilah hasilnya.

 Saya cucuk-cucukkan dengan garfu. Kalau dah guna tart presser, tak perlu cucuk lagi sebab dia dah padatkan dengan presser tu. Kalau guna manual, tekan-tekan dengan jari, silalah cucuk dengan garfu supaya tiada gelembung selepas membakar nanti.

 Kulit tart yang telah dibakar. Tunggu sejuk.

Simpan dalam bekas kedap udara.


 Dalamnya inti blueberry barulah diisi dengan topping cheese.

 Percubaan pertama membuat nutella cheese tart. Nutellanya saya homemade menggunakan chocolate beryls. Kat tengah isi homemade nutella barulah topping dengan chocolate cheese. Cheese coklat ini, menggunakan resipi cream cheese biasa seperti resipi di bawah, cuma saya tambahkan dark chocolate compound beryls yang dicairkan. 

Sebenarnya, lepas saya cairkan coklat tu, saya terus masukkan ke dalam cream cheese yang telah siap, cream cheese tu baru je saya keluarkan dari peti sejuk sebab dah buat awal. Lepas masuk coklat saya biarkan saja, sibuk menyusun kulit tart, tengok-tengok coklat tu dah keras sebab tu kejadian seperti di atas, nampak bintik-bintik coklat. Sepatutnya coklat cair terus je kacau siap-siap dengan cream cheese, In sya Allah cantik tart tu nanti.

Mix flavour coklat dan bluberry dalam satu kotak ada 25 biji.


BLUEBERRY CHEESE TARTS
Tart Pastry
250g butter
125g icing sugar
1 ‘B’ egg
440 plain flour

Filling
250g Philadelphia cream cheese
60g castor sugar
20g butter
1 ’B’ egg
Blueberry filling

· Pukul butter & icing sugar smpi kembang.
· Masuk telur, pukul sebati.
· Masuk tepung, gaul hingga rata.
· Cubit sikit & tekan dlm tart mould yg digris. Tekan dlm mould dgn fork.
· Bakar 180c, 10-12 minit (¾ masak). Keluar & ketepikan.
· Utk filling, pukul cream cheese, gula & butter smpi kembang, masuk telur & pukul rata. Masuk dlm piping bag.
· Bubuh ½ sudu kecil blueberry dlm tat shell & pipekan cheese ke atasnya.
· Bakar 180c, 5-10 minit.

Nota: Pastry tu biar nipis pasal bila bakar ia kembang (tebal), tak sedap pasal tak crunchy. Utk decoration bubuh sikit filling atas cheese dan swirlkan dgn lidi sblm bakar.


Apakah rahsia untuk dapatkan kulit tart yang rangup?
********************************************

1. Sekiranya resipi seperti di atas menggunakan 250g butter, saya akan gunakan 220g butter dan 30g shortening.
atau

2.  Sekiranya resipi menggunakan 250g butter, saya akan gunakan 180g butter dan 70g marjerin.

dan

3. Gunakan pure butter seperti anchor,tatura dll. Hasilnya kulit tart anda lebih sedap dan tahan lama.


Comments

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Izinkan saya meggunakanresepi ini

    ReplyDelete
  3. Izinkan saya meggunakanresepi ini

    ReplyDelete
  4. Kulit tart tu akan jadi tak ranggup ke lps kita masukkn cheese...?

    ReplyDelete
  5. Kulit tart tu akan jadi tak ranggup ke lps kita masukkn cheese...?

    ReplyDelete
  6. Klau x letak telur kat kulit tart tu ble? Jadi jgk ke kulit tart tu? Sbb pernah accidently lupa letak telur..x teruskan buang ja adunan tu..

    ReplyDelete
  7. Klau x letak telur kat kulit tart tu ble? Jadi jgk ke kulit tart tu? Sbb pernah accidently lupa letak telur..x teruskan buang ja adunan tu..

    ReplyDelete
  8. Bolehh saye tau tak kenapa kulit tart saye bile start masukkan dlm oven utk masak 3/4 tu, die jatuh and huduh terus jadinye

    ReplyDelete
  9. Mau tanya. Bole beli dimana tart presser itu?? Dikuala lumpur ada tak?? Ato johor??

    ReplyDelete
  10. Mau tanya. Bole beli dimana tart presser itu?? Dikuala lumpur ada tak?? Ato johor??

    ReplyDelete

Post a Comment