Resipi Chocolate Lasagna

Teks: Azrinbadrinas binti Abu Bakar
Foto: Koleksi sendiri


Sudah lama resipi Lasagnia Coklat ini saya ambil dari blog jamiahtulisman.blogspot.my. Siap simpan dalam telefon lagi, supaya senang saya nak refer nanti. Disebabkan macam-macam benda nak buat, terperap je la resipi tu kat situ.

Baru-baru ni saya ada buat kek coklat rugged untuk potluck di pejabat. Di tengah kek adalah krim cheese, jadi saya lebihkan adunan untuk dibuat coklat lasagnia pula.

Kek Coklat Rugged
 Coklat lasagnia ni kat bawah sekali diletakkan oreo, patutnya biskut oreo tu diblend, tapi saya beli je yang dah siap di kedai bakery yang dipanggil oreo crushed, tak perlu nak blend lagi. Senang lagi mudah. 

Saya cuma masak pudingnya saja, proses memasak puding lebih kurang setengah jam juga sebab agak lambat puding tu nak memekat. Puding ni perlu dibiarkan sejuk sebelum dilapiskan.

Bila dah ada oreo, krim cheese dan puding, mulalah proses melapis lasagnia coklat. Saya letakkan dalam bekas plastik transparent supaya senang nak makan.

Rasa memang sedap, kombinasi cheese dan coklat. Mungkin saya perlu lebihkan oreo lagi supaya seimbang krim dan biskut.

Chocolate Lasagna

Resepi Chocolate lasagna.

Sumber resepi : Blog Rasa Rempah
Bahan-Bahan A
36 ketul oreo dikisar _ ( ambil krimnya sekali )
6 sudu besar butter dicairkan
Cara-cara

Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Ketepikan. (aku simpan jap dlm peti ais)

Bahan-Bahan B

200 gm cream cheese

1 cawan Non-dairy whipping cream

100 gm gula kastor ( boleh juga guna gula aising jika suka ) - aku guna 60gm gula kastor

2 sudu besar susu segar
** Note ~ Gandakan sukatan sekiranya ingin krimnya tebal sedikit. (aku gandakan sukatan)

Cara-Cara

Pukul cream cheese sehingga lembut.

Kemudian masukkan gula kastor atau gula aising dan pukul lagi sehingga ianya lembut dan gebu.

Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan.

Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental.

Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan..
Bahan-Bahan C ( CHOCOLATE PUDDING ) 

1/4 cawan tepung jagung - aku buat 1/2 cwn tepung jagung

1/2 cawan gula kastor

1/8 tsp garam

3 cawan susu segar (resepi asal ada santan..tp aku tak letak)

185 gm dark chocolate _ dicincang

1 tsp esen vanilla
Cara-Cara

Campurkan tepung jagung bersama gula dan garam ke dalam bekas. Kemudian campurkan susu segar dan kacau perlahan. Masak di atas double boiler dengan api sederhana. Sentiasa menggaul adunan sehingga ianya sebati dan pekat ( 15 - 20 minit )..guna hand whisk . (tapi aku tak masak cara double boiler..aku terus masak atas api)

Tambahkan coklat cincang dan kacau selama kira-kira 2 - 4 minit atau sehingga puding kental.

Kemudian alihkan dari api dan masukkan esen vanilla. Kacau rata.

Sejukkan dan ketepikan.

** Note ~ Tapis puding dengan menggunakan penapis sekiranya puding yang terhasil itu berketul-ketul.
Cara Melapis 

Masukkan sedikit biskut oreo kisar ( bahan A ) ke dalam bekas yang digunakan.

Kemudian picitkan adunan bahan-bahan B di atasnya.

Lapis di atasnya dengan chocolate pudding dan ratakan.

Picitkan lagi adunan bahan-bahan B di atasnya.

Taburkan dengan chocolate chips, biskut oreo kisar dan sedikit parutan coklat.

Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.

Comments