Kemaskini Blog Dengan Android

Teks: azrinbadrinas
Foto: google

Assalammualaikum dan selamat pagi sahabat RIS semua,

Sudah bersawang rasanya blog Rahsia Idaman Suri ini. Sudah ada talian internet pun masih susah untuk kemaskini blog. Apa lagi alasan yang nak diberikan. Bukan apa, bila di rumah, macam susah pula nak keluarkan laptop, maklumlah bila pejabat seharian mengadap komputer, jadi mula la penyakit M di rumah. Saya tercari-cari juga cara mudah untuk kemaskini blog menggunakan telefon bimbit. Bukan tak boleh guna, cuma macam leceh sikit dan jadi lambat pula.

Pagi ni, sementara menunggu feri untuk ke pejabat di cawangan, saya membuat carian mengenai blogger, ternampak update blog on the go dengan android. Tanpa berlengah lagi, saya terus install. Setakat ini, macam senang juga nak menggunakannya. Tapi belum lagi explore dengan lebih lanjut.

Comments