Onion & Garlic Bun

Teks: Azrinbadrinas binti Abu Bakar
Foto: Koleksi peribadi

Alhamdulillah, masih lagi diberikan nikmat sihat untuk menjalani rutin harian yang makin hari makin mencabar. Sudah beberapa tahun tidak menguruskan anak tahap 1 kerana kedua-dua putera telah mampu berdikari setelah masuk tahun 2 dan 3. Kini tiba masanya untuk menguruskan puteri yang baru masuk tahun 1. Tahun ini pula sekolah menjalankan Dual Language Programme (DLP), di mana tahun 1 akan belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Maka, terpaksalah mencari jalan untuk meningkatupayakan Bahasa Inggeris di rumah. Semoga usaha kami sekeluarga dipermudahkan. Aaminn…

Semalam, sementara menunggu untuk berbuka, sempatlah saya sambung doh roti yang difrozenkan Sabtu lepas. Alhamdulillah, senang untuk uruskan doh, satu jam diletakkan di luar sesudah selesai kerja melipat dan menyidai baju, barulah kerja membentuk doh dimulakan. Dua jenis roti saja yang dapat iaitu onion and garlic bun dan patty bun. Lebihan daging burger saya gunakan sebagai inti bun sebab encik suami dan anak-anak tidak berapa suka dengan bawang putih.





Garlic butter menggunakan anchor butter dan bawang putih yang dicincang, untuk mendapatkan hasil yang lebih aroma, seeloknya bawang putih digoreng sedikit. Memandangkan masa yang suntuk maka saya permudahkan mana yang boleh.





Doh frozen saya leperkan sedikit dengan tangan dan terap di tengah seperti membentuk donut tetapi tidak dilubangkan. Letakkan adunan garlic butter, sedikit bawang besar yang dipotong dadu, mozarella cheese yang siap disagat, sedikit daun parsley, taburkan sedikit serbuk cili dan sos mayonis kewpie ala jepun. Dalam pjj roti, ramai yang menggunakan mayonis kewpie, saya pun terjebak sekali, sebenarnya teringin jugak nak merasa mayonis ala jepun ni. Bezanya roti yang di letak mayonis ini ialah efek atas roti nampak cantik warna keperang-perangan. Rasanya agak sedap jugak, bagi saya macam sedikit masam. Apa pun roti onion and garlic bun sangat sedap, tambah lagi bila dimakan panas-panas. So heaven.

Comments