Muffin Coklat

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri



Pagi semalam sempat saya membakar muffin coklat. Susu cair yang telah dibuka perlu dihabiskan segera, muffin adalah menu yang paling mudah dan cepat. 

Selepas habis masak sambal telur dan menyiapkan bekal untuk en suami, barulah saya mula mengadun muffin. Kali ini saya masukkan milk compound chocolate, coklat jenis ini mudah cair bila panas, jadi ianya akan mencair di dalam muffin. Jika makan panas-panas dapatlah merasai cairan coklat tersebut. 




Sebenarnya coklat tersebut saya simpan semasa membuat kek coklat moist tempoh hari. Ketika cairkan coklat yang ditambah sedikit susu cair sebagai toping coklat moist, coklat tersebut sudah mengeluarkan minyak, minyak dan coklat sudah terpisah. Saya agak mungkin api yang sedikit besar membuatkan tekstur coklat tersebut akhirnya menjadi keras dan kasar seperti foto di atas. Sayang untuk membuangnya, boleh jugak digunakan untuk membuat muffin atau sedap jugak jika dimasukkan dalam congo bar.

Resipi muffin masih menggunakan resipi Kim, rujuk di sini, tapi kali ini oreo saya gantikan dengan milk chocolate compound jenama beryls.



Comments