Tuisyen Untuk Mukmin

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi peribadi


Minggu lepas, anak-anak saya Mukmin dan Akif telah selesai Ujian Prestasi 1 yang bermula 8 -10 Mac. Di dalam takwim sekolah sepatutnya ujian tersebut selepas cuti sekolah. Agak singkat notis yang diberikan oleh cikgu, tapi saya beranggapan Mukmin dan Akif masih lagi segar dengan pelajaran yang diajar oleh guru-guru sekolah. Jika ditanya pada Akif, Sains baru belajar sehingga bab 3.

Mukmin bagi saya, agak lemah Matematik dan English. Ujian yang baru ini, dia memberitahu saya bahawa tidak sempat untuk menjawab semua soalan. Soalan yang susah telah ditinggalkan dahulu, namun soalan yang dirasa boleh jawab pun tidak cukup masa.

Semalam saya luangkan setengah jam sahaja untuk permulaan mengajar Matematik dan Bahasa Inggeris. Untuk Matematik saya menggunakan teknik ebook Skor Pantas Matematik Nori (SPMN) yang saya beli dari cikgu Noraini. Saya telah mengajar anak saya Farieha yang berusia 6 tahun dengan teknik kawan sepuluh yang merupakan salah satu teknik dari ebook tersebut. Alhamdulillah Farieha cepat dapat buat soalan tambah walaupun 10 minit saja saya mengajarnya. Mukmin pun nampak lebih yakin untuk mengira. Belum lagi dapat melihat kesan yang ketara sebab ini baru permulaan untuk membantunya dalam subjek Matematik. 


Comments

  1. Assalamualaikum Fareha.
    Tahniah kerana tela mula mengajar mnenggunakan Teknik. Jika Fareha betul betul mengajar menggunakan teknik ini ,insyaAllah Fariha akan berjaya. saya sletak sepenuh keyakinan kepada Fareha . Jika murid Tahun 2 saya boleh mengatasi murid tahun 5 dalam kepantasan mengira ...sudah tentu ianya boleh membuahkan kejayaan juga buat Fariha. SELAMAT BERJAYA ....FROM CIKGU NORAINI.

    ReplyDelete

Post a Comment