Resipi Daging Panggang Sos Lada Hitam

Teks: Azrinbadrinas Abu Bakar
Foto: Google


Dalam peti ais ada lagi ke daging korban? Malas masak atau tak tahu nak dimasak apa daging tu. Saya pun ada lagi daging yang belum dimasak. Ahad lepas dah buat bihun sup, dapat jugak menjamu kawan-kawan Mukmin dan Akif. Jadi, dari pagi sampai malam kami semua makan bihun sup tu sahaja. Lagipun dah menjadi kegemaran sekeluarga kecuali si kecil Farieha. Jumaat lepas pun dah buat daging panggang sos lada hitam, licin sehingga menjilat jari. Jom tengok resipi Daging Panggang Rahsia Idaman Suri.

Bahan Perapan Daging
- Daging
- Bawang besar dihiris halus
- Bawang putih dihiris halus
- Sos lada hitam life (dah cukup rasa pedas)
- Serbuk kunyit
- Garam
- Serbuk jintan manis (optional)
- Serbuk jintan putih (optional)
- Serbuk cili (optional, saya tambah untuk lebih pedas)

Caranya: 

1. Gaul kesemua bahan di atas.
2. Perap 30 minit. (Lagi lama lagi sedap) 
3. Panggang daging hingga masak.

Sos Lada Hitam
- Bawang putih dicincang
- Sos lada hitam life (cukup rasa pedas, tak perlu tambah lada hitam)
- Lada hitam biji ditumbuk kasar (saya tak tambah sedap sos lada hitam dah pedas)
- Kiub pati ayam
- Susu cair atau whipping cream (saya guna sedikit saja susu full cream dutch lady untuk rasa lemak berkrim dan juga menjadikan sos berwarna cerah sedikit.)

Caranya:

1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan kiub pati ayam.
3. Masukkan sos lada hitam mengikut sukatan sendiri.
4. Masukkan susu cair. 
5. Perasakan garam. (Saya tak tambah garam sebab pati ayam dah cukup masin)
6. Tambah air jika perlu.

Resipi sos lada hitam ini dari internet juga, tetapi saya sesuaikan mengikut citarasa sendiri. Hasilnya alhamdulillah cukup rasa pedas dan sesedap rasa. Tanya anak-anak dan suami pun diorang cakap sedap. 

Saya pernah cuba resipi menggunakan brown sauce dan resipi yang menggunakan tepung jagung untuk memekatkan kuah, dan tak berapa kena dengan selera saya. Kuah jadi berketul bila sos dah sejuk, mungkin saya tidak pandai nak adjust tepung jagung atau macam mana pun tak pasti, banyak kali juga dah cuba. Dan saya selesa dengan resipi saya seperti di atas.

Jemputlah untuk mencuba sendiri. Semoga mendapat manfaat.




Comments

Post a Comment