11 Rahsia Lemon untuk Sihat dan Cantik

Teks: Azrinbadrinas Abu Bakar
Foto: Google
Sumber: Google/ Blog



11 Rahsia Lemon untuk Sihat dan Cantik
===================================

Dengan keadaan panas dan sejuk yang tidak menentu. Ditambah pula dengan jerebu yang melanda, badan pun dah jadi seram sejuk, bersin tak henti-henti, tekak yang kering dan batuk macam cik demam dan selesema akan bertamu. Apa yang boleh dibuat untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin teruk. Mungkin khasiat dan manfaat lemon boleh membantu diiringi dengan doa agar disembuhkan dari segala penyakit. In Sha Allah.

Lemon mengandungi :
* Vitamin C : bertindak melindungi tubuh dari kekurangan sistem imunisasi (pertahanan badan),

* Pektin : sejenis serat yang penting untuk kesihatan usus. Lemon juga akan bertindak sebagai anti-bakteria yang baik kerana ia akan menyeimbangkan tahap pH dalam badan.

* Kalsium, Magnesium, Asid Citric, Protein, Karbohidrat dan Limonene dipercayai dapat meningkatkan tahap imun sistem badan kita dan melawan jangkitan.

Apakah kebaikan lemon yang berwarna kuning menyala dan mempunyai rasa masam tapi menyegarkan ini, betapa beribu-ribu lemon khasiat, manfaat dan rahsia sebiji lemon:
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

1.    Merawat demam
+++++++++++++++++++

Jika suhu seseorang naik atau demam, cubalah minum air yang dicampur lemon, dipercayai dapat meredakan demam dan menurunkan suhu badan yang meningkat.
 
Caranya:
•    Perah lemon ke dalam secawan air suam dan tambahkan 1 sudu teh madu. Minum setiap 2 jam sehingga demam kebah. Minum sampai habis.
 
2.    Melegakan Selesema dan Sakit Tekak
++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Vitamin C dalam lemon sangat bagus ketika selsema untuk merawat sel pertahanan badan secara dalaman dan membunuh virus (kahak/ hingus) dalam hidung dan tekak secara luarannya.
 
Caranya:
•    Perah lemon ke dalam secawan air suam. Minum setiap 2 jam.

•    Untuk sakit tekak, perah lemon ke dalam secawan air suam dan tambah 1 sudu kecil garam laut. Kumur selama seminit. Buatlah 3 kali sehari. Dongak sedikit sehingga terkena pada tekak.

•    Untuk tonsilitis, perah lemon ke dalam secawan air suam dan tambahkan 1 sudu kecil garam laut. Kumur selama 30 saat setiap 2 jam. Dongak sedikit sehingga terkena pada tekak.

3.    Merawat Ulser Mulut (Orang utara ada yang panggil telaga buruk)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

•    Sifat anti bakteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ini.

Caranya:
•    Perah lemon ke dalam secawan air suam dan kumur selama seminit. Buatlah 3 kali sehari. 

4.    Merawat Hypertension
++++++++++++++++++++++++

Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.

Caranya:
•    Tambah 3 ulas bawang putih dan 1 labu bawang besar ke dalam 1 liter susu rendah lemak atau susu soya.

•    Reneh atas api selama 5 minit

•    Tapis dan sejukkan

•    Tambah 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
 
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pektin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol.

5.    Mengatasi kulit kering pada tumit dan lutut
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Caranya:
Hiris lemon dan gosokkan pada bahagian kulit yang kering, seperti pada tumit dan lutut, biarkan hingga meresap ke kulit. Tidak perlu di bilas dengan air.

6.    Masker lemon mencerahkan kulit
+++++++++++++++++++++++++++++++++

Bagi kulit berminyak, muka akan kelihatan berkilat dan berminyak. 

Caranya:
Perah lemon dengan madu dan tempekkan pada muka seperti masker. Amalkan setiap hari untuk mendapatkan kulit muka yang lebih segar dan cerah.

7.    Mengecil pori-pori kulit
+++++++++++++++++++++++++

Caranya:
Perah jus lemon dan simpan di dalam peti ais. Sapu rata di muka, biarkan seketika barulah di bersihkan dengan air. Buatlah setiap pagi. Jus lemon di dalam peti ais jangan lebih dari seminggu. 

8.    Mengurangkan kelemumur
++++++++++++++++++++++++++++

Kelemumur membuatkan kulit kepala menjadi gatal. Campuran lemon dan minyak zaitun bolehlah dicuba.

Caranya:
Perah lemon dengan minyak zaitun.  Urut kepala perlahan-lahan dengan campuran lemon tadi dan biarkan selama 15 minit baru dibilas. Lemon akan membuatkan kelemumur berkurang dan minyak zaitun memberikan kelembaban. Buatlah 3 kali seminggu.

9.    Melegakan sengatan serangga berbisa
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Caranya:
•    Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia. 

•    Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1 sudu sudu kecil madu.

•    Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi.

•    Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik.

•    Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil .

10.    Menghilangkan kesakitan
+++++++++++++++++++++++++++

Caranya:
•    Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari.

•    Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil.

11.    Menghilangkan nafas berbau
++++++++++++++++++++++++++++++

Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, atau pun selepas merokok atau pun air liur yang tak cukup.

Caranya:
•    Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam.

•    Kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.

 
AWAS
#####

Walaupon lemon ni adalah natural remedies, tapi ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

•    Kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah, penghidap pedih ulu hati, buah pinggang tidak sesuai minum jus lemon.

•    Untuk melindungi enamel gigi kita, jangan terus gosok gigi. selepas minum/berkumur dengan air lemon. Tunggu sekurang-kurangnya setengah jam.




Comments