Program Think Green

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri

Program Think Green anjuran E&O adalah program pendidikan untuk komuniti di sekitar kawasan Tanjung Tokong. Beberapa sekolah telah menghadiri program tersebut termasuklah Tadika Islam Ar Rasyidin (TADIS). Pada 31 Januari lepas, saya berkesempatan mengikuti rombongan sekolah tersebut (menemani Farieha) dalam program Think Green bertempat di Strait Quay.

Jam 11:45 pagi bas bertolak dan sebelum 12 tengah hari kami sampai di Strait Quay, mengikut jadual program, jam 12 adalah giliran TADIS kerana selepas ini akan ada sekolah lain pula. Hanya lebih kurang 1km sahaja jaraknya, tapi disebabkan mengikut Farieha hendak naik bas, terpaksalah menunggu juga.

Anak-anak comel ini baru turun bas, diiringi penyambut tetamu dari SK Tanjung Tokong.

 
Dalam program ini, mereka diajar cara menanam pokok dalam botol air mineral yang diubahsuai. Bagus juga program ini, selepas balik ke rumah, kami turut aplikasikan untuk tanam pokok daun bawang dan daun sup.


Beratur dengan sabar menunggu giliran.


Mendengar penerangan dari abang-abang dan kakak-kakak. 

 

 Beratur untuk sesi bergambar pula.





Sesi bergambar bersama pihak penganjur. Syabas kepada semua yang menjayakan program ini. Terbaik!!!

Comments