Sambungan Trip ke Brunei (1)

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri

Tempat pertama yang kami kunjungi ialah Masjid Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Alhamdulillah sempat menunaikan solat di situ sebelum mengunjungi Royal Regalia Building. Saya difahamkan kubah masjidnya adalah dari emas. Seusai sampai kami perlu menulis nama di dalam buku tetamu dan diberikan kunci locker untuk menyimpan kamera dan telefon. Di dalam masjid tidak dibenarkan mengambil gambar. Di dalamnya memang sangat menarik sekali dengan lampu-lampu chandeliar yang mewah. 



Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Royal Regalia Building. Di sini, kami diberikan satu tempat untuk meletakkan bag. Di sini, sama seperti di masjid Hassanal Bolkiah, tidak dibenarkan membawa kamera dan telefon masuk. Malah bag juga tidak boleh dibawa bersama. Royal Regalia adalah seperti sebuah muzium, antaranya menceritakan mengenai sultan Brunei sejak kecil lagi, zaman remaja, mengenai pendidikan baginda sehinggalah baginda ditabalkan menjadi sultan dan berkahwin. Baginda telah dilantik menjadi sultan sejak berumur 19 tahun lagi, dalam usia yang masih muda. Ada juga mengenai adat istiadat diraja Brunei.




Gambar-gambar yang dipamerkan di sini, cukup untuk menceritakan kisah hidup Sultan Brunei. Selain dari itu, hadiah-hadiah dan tanda mata dari pelbagai negara juga turut dipamerkan untuk tatapan pengunjung. Di sini juga kami shopping souvenir dari Brunei untuk keluarga dan sahabat handai. Saya memilih fridge magnet yang berharga 10 dollar brunei untuk 3 keping dan 5 batang pen 10 dollar Brunei. Boleh dikatakan agak mahal harganya bila ditukarkan ke Ringgit Malaysia. Bolehlah sebagai buah tangan balik ke Malaysia.



Dengan masa yang agak terhad, kami tidak sempat untuk ke Kampong Ayer iaitu sebuah perkampungan air di Brunei. Masih ada lagi penduduk yang mendiami kampung air ini walaupun zaman sudah serba moden. Di Kampong Ayer juga terdapat sekolah yang sengaja didirikan di dalam air selain rumah penduduk setempat. Foto di bawah adalah sekita perkampungan air yang saya sempat merakamnya dari tanah besar. Untuk ke Kampong Ayer boleh menggunakan bot dengan harga 30-50 dollar Brunei untuk sebuah bot yang boleh dinaiki oleh 10-15 penumpang.





Comments