Trip ke Miri : hari ke 2 (Trip ke Brunei)

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri

Hari kedua di Miri, kami merancang untuk menziarahi negara jiran, Brunei Darussalam. Perjalanan ke Brunei dari Miri mengambil masa selama lebih kurang 3 jam dengan bas kecil kami muat untuk 11 orang penumpang.



Lagi 2 hari perjalanan ke Miri baru saya sempat ke pejabat Imigresen untuk urusan pasport. Sempat juga minta tolong rakan untuk menukar duit kepada mata wang Brunei. Kadar tukaran pada hari tersebut ialah RM 1 = $ 2.59. Jadi dengan RM 150, saya mendapat lebih kurang $ 57.91(Brunei Dollar). Cukuplah sekiranya teringin untuk membeli cenderamata dari Brunei. Semasa kami di kedai cenderamata di Royal Regalia, tuan kedai tersebut menerima ringgit Malaysia, walaubagaimanapun baki hanya akan diberi dalam Brunei Dollar. Jadi tidaklah menjadi masalah untuk membeli cenderamata di sini. Lagipun ramai di antara kami yang belum menukar RM kepada duit Brunei.

Kami bertolak dari Hotel Meritz lebih kurang jam 8.30 pagi. Perjalanan lebih kurang 30 - 45 minit dari hotel ke Sungai Tujuh checkpoint, iaitu Kompleks Imigresen Sungai Tujuh, Miri. Semasa di dalam bas, kami telah diberikan borang kebenaran masuk ke negara Brunei, jadi tiba saja di imigresen Brunei, terus saja beratur untuk pemeriksaan dan pengesahan passport.

Perjalanan dari checkpoint ke Bandar Seri Begawan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah, dengan jarak 128 km. Brunei adalah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan terletak di sebelah utara Pulau Borneo. Jadi tidak hairanlah di dalam perjalanan kami, terdapat jentera carigali minyak di tepi-tepi jalan, di sebelah rumah dan juga di depan masjid, tidak perlu ke tengah laut untuk melihat kerja carigali minyak. Ada satu tempat seperti dataran yang dinamakan One Billionth Barrel Monument, semasa kami tiba di sini, hujan semakin lebat, hanya sempat bergambar dari dalam bas.

Nantikan sambungan trip ke Brunei, tempat-tempat menarik yang telah kami lawati.



Comments