Resipi Kek Keju Bluberi

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri




Kek keju bluberi ini adalah tempahan rakan sekerja, sudah lama tidak membuat kek jenis ini, sejak kek cheese leleh menjadi tumpuan. Alang-alang membuatnya, boleh jugak buat sebiji untuk dimakan sendiri. 

Bahan-bahannya tidaklah begitu banyak, cara membuatnya tidaklah begitu sukar, tapi disebabkan kerana ianya perlu dimixkan agak lama membuatkan saya agak malas untuk menggunakan mixer dalam tempoh yang lama. Biasanya untuk membuat kek ini, encik suamilah yang akan menolong menjaga mixer, tapi baru-baru ini en suami ke Labuan untuk sukan MAKSAK, terpaksalah saya menguruskannya sendiri.

Alhamdulillah tertunailah juga hasrat rakan sekerja untuk menikmati kek yang lemak, dengan rasa masam manis filling bluberi dan juga base dari biskut kraker dan badam keping yang rangup. Sekali sekala dapat makan kek keju yang asli, memang sedap.

Kek ini adalah gabungan krim keju, whipping krim, bluberi filling dan perahan dan kulit lemon yang diparut. Hanya lebih kurang 1 sudu besar tepung jagung sahaja yang digunakan, sebab itu saya mengatakannya kek keju asli.

Cara memasaknya adalah dengan cara membakar, letak acuan di dalam bekas yang berisi air.

Bolehlah anda cuba resipi kek keju bluberi ini. Resipi ini saya dapat dari kak Ana, Suzana Raman, juga cikgu kek coklat moist saya. Terima kasih atas resipi yang enak ini.




Comments