Majlis Anugerah Kecemerlangan

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri






Alhamdulillah, Jumaat lepas 7 November 2014, sempat saya meluangkan masa ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Konvokesyen Pra Sekolah S.K. Wellesley. Disebabkan kali ini pun pihak sekolah mengadakan pada hari kerja,  sama seperti hari sukan pada September lepas, maka lagi sekali saya terpaksa mengambil cuti rehat untuk memeriahkan majlis. Itu pun mengenangkan Mukmin dan Akif akan menerima sijil penghargaan Penolong Ketua Kelas dan hadiah matapelajaran Muzik terbaik bagi tahun 3.


Majlis ini turut meraikan pelajar pra sekolah sempena majlis graduasi murid 6 tahun. Pada masa Mukmin dan Akif dulu ada juga majlis penyampaian sijil, tapi kali ini murid segak dengan jubah graduan. Dan pada tahun hadapan, sesi 2015, sekolah ini akan menerima pelajar pra sekolah perempuan untuk pertama kalinya.




Comments