Timun Menghalau Semut

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri

Assalammualaikum sahabat-sahabat blog RIS. Semoga kita semua beroleh rahmat Allah di mana jua kita berada. Kita masih lagi merayakan hari raya qurban. Hari ini adalah hari ketiga hari raya aidil adha. Selamat menyambut hari raya aidil adha dan selamat menunaikan ibadah korban. 

Alhamdulillah, semalam saya dan keluarga ke rumah kakak saya di Kulim bagi menjalani ibadah korban. Anak-anak pun bangun seawal jam 6 pagi tidak sabar untuk melihat penyembelihan dibuat. Biasanya mereka menonton di tv sahaja.

Balik sahaja dari Kulim, saya terus merebus tulang untuk dibuat mee sup pada hari ini, saya mengambil cuti pada hari ini, kebetulan sekolah Mukmin dan Akif pun cuti. Apabila bangun pagi ini, saya tengok periuk rebusan tulang semalam bersemut disekeliling periuk, mujurlah dapat diselamatkan. 

Saya teringat kakak cakap di rumahnya pun banyak semut, dia letakkan hirisan timun untuk menghalau semut. Saya pun cuba petua tersebut, alhamdulillah dengan izin Allah dapat mengelakkan makanan dari dimasuki semut.

Selamat mencuba, InsyaAllah berkesan.



Comments