Sukan SK Wellesley 2014

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri

Assalammualaikum tetamu RIS yang dikasihi. Semoga anda semua sihat-sihat selalu. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, jagalah kesihatan kita sebaiknya. 

17 Oktober lepas saya bersama Farieha meraikan kejohanan sukan di SK Wellesley. Seingat saya ini merupakan tahun ketiga sekolah menganjurkan sukan pada hari Jumaat sepanjang Mukmin mula bersekolah, sebelum ini hari sukan biasanya diadakan pada hari Sabtu. Mungkin disebabkan hari Jumaat, tidaklah begitu ramai yang hadir berbanding jika diadakan pada hari Sabtu. Inilah salah satu masa atau ruang untuk kita melihat anak-anak menunjukkan bakat mereka.


Untuk pelajar tahun 4, 5 dan 6, pada 13 Oktober telah diadakan acara olahraga lebih awal. Mukmin antara yang terpilih untuk acara lompat jauh. Keesokan paginya, kakinya nampak sedikit bengkak. Setelah berkali-kali ditanya barulah dia menjawab, semasa lompat jauh kaki mungkin terseliuh. 2 hari jugaklah tidak ke sekolah. Tidak sangka pula Mukmin dapat tempat kedua untuk tahun 4 acara lompat jauh.

Pada hari Khamis semasa sedang bersiap ke sekolah, saya berpesan, jika tidak boleh main acara sukan, kali ini saya nasihatkannya supaya berehat sahaja. Malam Jumaat pula, Mukmin bertanya pada saya, bolehkah nak masuk acara 75m dengan kaki berbalut. Sebab kalau kaki berbalut kuranglah sakitnya. Saya menjawab, kalau Mukmin rasa boleh, ikut Mukminlah. Memang dia tidak senang kalau tidak dapat masuk untuk sukan ini. Begitu bersemangat untuk menyumbang mata bagi rumah kuning. Melihatnya berlari dengan kaki berbalut, dalam hati terus berdoa supaya dia dapat bertahan. Itupun di pertengahan jalan, saya sudah nampak macam sudah tidak terdaya. Alhamdulillah, Mukmin boleh. Tahniah Mukmin.

Akif pula, sehari sebelum sukan, terkena keracunan makanan, muntah dan diarrhea. Ujian lagi dari Allah. Tidak putus-putus saya berdoa supaya dia cepat sembuh. Dia ada beritahu saya, Akif akan masuk untuk bagi rumah merah menang. Walaupun dalam keadaan yang agak lemah, dia turut menyertai sukaneka pada kali ini untuk tahun 3C, terompah gergasi.Walaupun tidak menang, mama bangga dengan Akif.





Comments