Resipi Roti Sarang Lebah

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri


Fenomena roti sarang lebah daripada lydia ini memang mendapat sambutan hangat. Banyak juga tempahan yang saya dapat untuk roti sarang lebah ini, alhamdulillah. Dapat juga saya praktis skil rounding doh. 


Untuk roti kali ini, saya menggunakan resipi doh roti manis dari Kelab Roti. saya timbang doh 37g sebiji yang dibahagikan kepada 3, dibulatkan dan diletakkan dalam papercup. Selepas dibakar bentuk doh seakan-akan berbentuk segitiga.

Resipi doh roti manis:

400g tepung roti
100g tepung gandum
100g guka kastor
5g garam
8g yis
7g bread improver
30g tepung susu
240g air sejuk
1 biji telur
50g butter/ shortening

Saya guna breadmaker cosway, masukkan bahan cecair dahulu, diikuti dengan yang lain-lain. Set no. 8 untuk doh. Dan saya ulang sebanyak 3 kali.



Untuk sos butterscotch saya menggunakan resepi dari Puan Musainah. Bagi saya resipi yang mudah dan sedap.

Resipi sos butterscotch:

50g gula perang
80g gula pasir
1/2 cawan air
20g tepung gandum
1/2 cawan mentega
Esen vanilla

Campur semua bahan kecuali mentega hingga sebati.
Masuk mentega, kacau sampai pekat.

Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang resipi. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Comments

  1. Saya try butterscotch sos resipi ni. Mmg sdp dan ringkas. Tk pyh kacau lama dah pekat. 👏👏👏

    ReplyDelete

Post a Comment