Resipi Pisang Goreng Coklat Cheese


Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri




Ini kali pertama saya membuat goreng pisang secara sendirian berhad. Maksudnya tanpa bantuan orang lain. Resipi yang diberi oleh emak baru-baru ini memang sedap, walaupun pisang goreng sudah sejuk tetapi ianya tetap rangup. Alhamdulillah ini semua dengan izinNya. Kenalah masak dari hati dan masak with Iman lagi bertambah kesedapannya.

Adunan tepung memang amat mudah, senang didapati dan ianya menjimatkan. Adunan dari tepung gandum yang dicampur sedikit marjerin dan garam sahaja. Amat mudah bukan? Adunan dibancuh sedikit pekat bagi memudahkan melekat pada pisang. 

Setelah siap digoreng, susun di atas pinggan dan diparut keju dan juga coklat. Rasanya memang sedap, tambah pula dibuat sendiri di rumah, parutlah keju dan coklat sebanyak mana yang disukai. Tidak cukup sepotong jika sudah merasai gabungan pisang, coklat dan keju.

Resipi pisang goreng coklat cheese

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin
Secubit garam
Air mengikut kepekatan yang diingini

Cheddar cheese (saya guna jenama bega)
Coklat (saya guna dark compound choc jenama beryls)

- Kacau semua bahan di atas hingga sebati.
- Pisang dibelah 4.
- Celup pisang satu persatu ke dalam tepung.
- Dan digoreng dalam minyak yang panas.
- Goreng sehingga kekuningan.
- Angkat dan toskan minyak.
- Susun pisang yang telah digoreng dan parut keju dan coklat.
- Selamat menjamu selera.


Comments