Resipi Congo Bar (2)

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri

Sehari sebelum raya haji saya telah merancang untuk membuat biskut coklat cip, tetapi semasa sedang memotong butter untuk memasak nasi ayam, jari terkena pisau yang baru diasah oleh encik suami. Dengan keadaan yang tidak begitu mengizinkan terpaksalah membatalkan rancangan itu. Kita hanya mampu merancang, perancangan Allah adalah lebih baik untuk kita.

Keesokan paginya, jari terasa lebih baik dari semalam, jadi saya lagi sekali membuat congo bar sebab ianya mudah dan cepat untuk disediakan. Terasa tidak seronok pula jika tidak bawa buah tangan semasa balik ke kampung nanti. Alhamdulilah dapat juga saya membawa sesuatu untuk ibu saya.






Bahan-bahannya

315 gm tepung gandum 
2 1/2 sudu kecil baking powder 
1/2 sudu kecil garam 
150 gm butter 
180 gm gula perang
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250gm coklat cip
Kepingan badam dan coklat cip untuk taburan

Cara :
- Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
- Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga gula melarut.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
- Masukkan esen vanila.
- Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata.
- Akhir sekali masukkan coklat cip dan gaul sempurna.
- Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan coklat cip.
- Bakar dlm loyang 12x12 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
- Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan kuning keemasan.Jangan terlebih bakar dikhuatiri akan keras.

Resipi asal adalah dari internet dan saya olahkan supaya sesuai dengan selera sendiri dan anak-anak. Saya kurangkan manis dan tiada kekacang ditambah dalam adunan.

Comments