Resipi Muffin Cip Coklat

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri

Alhamdulilah pagi semalam seawal jam 4.30, saya bangun mengadun muffin coklat cip untuk 'potluck' en suami di tempat kerja. Selepas raya baru-baru ini, rajin pula mereka berkenduri. Bagus juga begitu, di samping dapat mengeratkan lagi hubungan rakan sekerja. Pada mulanya saya nak membuat coklat moist cake, tapi disebabkan pada cuti hari Malaysia, saya balik menjenguk emak di kampung, maka terpaksalah menukar menu yang lebih mudah.

Muffin ini masih lagi menggunakan resipi Kim, sebab hanya menggunakan tangan, tidak perlu mixer. Jika hendak membuat kek di awal pagi, saya memang elakkan menggunakan mixer, dengan bunyi mixer yang agak kuat itu, mesti anak-anak akan terjaga dah juga dikhuatiri mengganggu jiran-jiran pula.

Sengaja saya tambah cheddar cheese dalam muffin ini sebab nak menghabiskan stok cheese lebihan membuat snow cheese cake tempoh hari. Rasanya tidaklah menghampakan, rasa lemak manis gitu.

Saya bawa 3 biji muffin untuk bekalan di pejabat, alhamdulilah ada tempahan dari rakan sekerja. Tapi, pagi ini bila hendak keluarkan tepung, baru teringat tepung tidak mencukupi. Selalu saya memang menyimpan stok tepung, tapi sekarang kek coklat moist saya menggunakan tepung segera Mek Siti, maka stok tepung tidaklah berapa banyak. Maaflah kawan, tidak ada rezeki anda hari ini.

Untuk resipi muffin boleh rujuk di sini:

http://azrinbadrinasabubakar.blogspot.com/2014/09/resipi-muffin-oreo.html

Tips: Untuk resepi muffin ini, jangan kacau terlalu lama, sekadar sebati sahaja, dikhuatiri muffin akan keras jika terlalu lama dikacau.

Saya gantikan oreo dengan cip coklat dan cheddar cheese yang diparut.



Comments