Jika Anak Demam

Teks: azrinbadrinas
Sumber: fb


Jika anak demam, saya pun rasa nak demam. Anak demam sedikit saja pun, tapi perasaan bimbang tetap tidak dapat dibendung. Itulah kesan dari pengalaman menjaga anak demam. Ini membuatkan saya lebih prihatin keadaan kesihatan anak-anak.

Saya ada baca dalam fb hari ni mengenai jika anak demam, apakah yang perlu dibuat. Petua seperti di bawah memang saya amalkan jika anak demam. Mungkin berguna untuk pengunjung blog RIS. Terima kasih juga kepada yang empunya petua ini.


[ JIKA ANAK DEMAM ]
Panduan Untuk Ibu2, moga bermanfaat 

✔ Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

✔ Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.

✔ Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

✔ Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

✔ Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

JOM KITA KONGSIKAN utk PENGETAHUAN BERSAMA

Comments