Cara SimpanTudung Bawal

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri dan google

Assalammualaikum untuk tetamu blog RIS. Sudah berapa lama tak kemaskan blog ini. Talian internet merupakan faktor yang penting pada masa ini, barulah semangat nak menulis. Nampaknya selepas ini, saya kena buat R&D, talian mana yang lebih baik dari sekarang. Pelaburan yang dibuat untuk servis internet saya ini agak mahal, dari kajian pasaran yang telah saya buat, saya boleh dapat lebih Gb dengan harga yang saya laburkan setiap bulan. Jadi kita sebagai pengguna mestilah bijak memilih supaya berbaloi dengan bayaran dan servis yang diberikan. Pilihan di tangan anda.

Bercakap mengenai pilihan, kita tengok saja kat luar sana pada hari ini, macam-macam jenis tudung yang ada. Tudung bawal, shawl, shawl labuh, halfmoon, syria, awning, soft awning dan banyak lagi.

Jom tengok macam mana cara untuk menyimpan tudung. Bila dah banyak sangat koleksi, kenalah simpan elok-elok kan supaya tidaklah pakai tudung yang itu sahaja. Kes ini pun merujuk kepada diri saya juga. 

Cara simpan tudung yang saya dapat dari google. Macam-macam carakan untuk simpan tudung, yang penting senang untuk dicari dan kemas.





Ok, yang ini pula saya kongsi cara simpan tudung bawal oleh adik ipar saya. Boleh juga nak simpan shawl tudung syria atau halfmoon.




Bagi saya cara ini nampak:
  • kemas 
  • teratur 
  • tersusun
  • jimat ruang (menggunakan ruang dalam almari, sebelah atas untuk gantung baju)
  • jimat masa untuk mencari
  • kos efektif (menggunakan sterofoam dan glue gun)
  • mudah diubah sebab ianya moveable, jadi senang jika hendak buat housekeeping
Jadi, bagi anda yang masih mencari cara penyimpanan tudung yang sesuai, mungkin idea ini dapat membantu.

Good luck.



Comments

Post a Comment