Resipi Sotong Goreng Kunyit

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri

Bila anak-anak dah mula sekolah,  pagi-pagi saya akan masak untuk makan tengah hari. Kadang-kadang jika lauk itu adalah kesukaan, maka mereka akan request untuk sarapan. Makan dalam kereta semasa dalam perjalanan ke sekolah. Bila dah masak, bolehlah encik suami bawa bekal ke tempat kerja. 

Rutin masak setiap hari, kena siap sebelum pukul 6 pagi sebab dalam pukul 6.05, encik suami dah nak bertolak ke tempat kerja. Seawal 5 pagi saya dah mula masak. Bahan-bahan seperti ikan, saya akan defrost siap-siap pada sebelah malam. 

Kadang-kadang ada jugak mood malas nak masak, tapi rasa macam serba salah  pulak kalau tak  masak. Pernah juga ketandusan idea nak masak apa. 

Pagi ini, saya sempat siapkan sotong goreng kunyit untuk makan tengah hari, tapi Akif dah sarapan dalam kereta tadi.

Bahan-bahannya:

Sotong
Bawang besar
Serai
Kunyit
Garam
1 sudu kecil sambal belacan
2 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis

Sotong gaul dengan garam dan kunyit, goreng tanpa minyak. Saya guna non-stick pan. Agak-agak dah kering air sedikit, angkat dan ketepikan.

Tumis bawang besar dan serai sehingga kekuningan. Masukkan sambal belacan, untuk rasa pedas-pedas sedikit. Masuk pula sos tiram dan masuk sotong tadi. Tak perlu masak lama sangat sebab sotong tadi dah digoreng. Dengan cara ini, sotong tidaklah liat sangat. 

Saya tengok mak saya masak sambal sotong, sotong direbus dulu. Tekstur sotong nampak cantik dan lembut.




Comments