Resipi Kek Red Velvet Cheese Leleh

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri dan fb

Sudah agak lama tidak kemaskini blog RIS ini. Mungkin sibuk dengan tugas harian, mungkin juga ketandusan idea untuk dikongsi bersama pengunjung blog RIS, mungkin juga talian internet yang perlahan atau mungkin ini semua adalah alasan semata-mata.

Selepas raya, saya sudah kembali dengan rutin harian. Menerima tempahan kek dan roti. Kek yang pertama selepas raya ialah red velvet cheese leleh. Sangat senang dengan adanya tepung segera Mek Siti, kerja menjadi mudah dan cepat.



Resepi kek red velvet:

500g tepung red velvet Mek Siti
4 biji telur
1 cawan yogurt perisa asli
1 cawan minyak 

-Pukul telur hingga sebati, tak perlu kembang.
-Masukkan yogurt, kacau sebati.
-Masukkan minyak, saya guna minyak masak biasa, kacau sebati.
-Masukkan tepung sedikit demi, kacau hingga semuanya sebati.
-Masukkan dalam acuan atau bekas pilihan anda.
-Kek ini boleh dibakar dan juga kukus.

Resepi cheese leleh

250g cream cheese
Susu pekat manis (ikut nak berapa manis),
   saya letak dalam 1/2 cawan
1/2 cawan whipping cream, saya guna jenama vivo
Susu cair (ikut nak berapa cair), saya letak 1/2 cawan susu full cream dutch lady
   
-Pukul cream cheese dengan susu pekat manis hingga sebati.
-Masukkan whip cream, kacau hingga sebati.
-Masukkan susu cair, kacau sebati.
-Sedia untuk dituang ke atas kek red velvet.
-Boleh parutkan cheddar cheese dan hiaslah mengikut kreativiti anda.

#Cream cheese ini juga boleh diletakkan atas kek coklat moist. 
Rasailah kelazatannya.



Comments