Kursus First Aid Episod 2

Teks:azrinbadrinas
Foto:koleksi sendiri dan google


Dalam kursus first aid ini saya telah belajar mengenai teknik CPR mengikut standard 2010. Barulah saya tahu bahawa setiap 5 tahun prosedur CPR akan dikaji semula setiap 5 tahun. Ianya akan sedikit berbeza apabila keluar standard yang baru. Contohnya standard 2005, hembusan dibuat dahulu baru akan diikuti dengan tekanan dada berbanding standard 2010, tekanan sebanyak 30 kali dan selepas itu 2 kali hembusan.

Dalam standard 2010, teknik CPR adalah mengikut formula DRCAB dengan nisbah 30:2.

-Danger : memastikan tiada bahaya disekeliling tempat kejadian, mengenal diri contohnya "saya first aider saya boleh bantu".

-Respond: tepuk bahu mangsa dan tanya mangsa OK atau tidak, sekiranya tiada respon, dapatkan pertolongan dengan meminta salah seorang orang di tempat kejadian menelefon nombor 999, dapatkan AED dan maklumbalik kepada first aider. Pemakluman balik kepada first aider sangat penting bagi memastikan panggilan ke 999 telah dibuat. Selepas itu, lihat di dada mangsa kurang dari 10 saat sama ada bergerak atau tidak. Jika tiada turun naik dada mangsa maka, perlu dibuat tindakan selanjutnya iaitu tekanan di dada mangsa.

-Chest compression: sebanyak 30 kali.

-Airway: head tilt, chin lift. Angkat kepala dan dongakkan dagu.

-Breathing: hembusan sebanyak 2 kali.

[Bila DRCAB  perlu dihentikan?]

-Ambulan : sehingga ambulan sampai

-Revive : mangsa mula sedar

-Exhausted : first aider dah penat

-AED : AED sampai. AED ialah Automated External Defibrillation. Mesin elektrik shock yang portable. (Dalam drama-drama kat Malaysia, jika pesakit tidak sedarkan diri, doktor akan letakkan pad atas dada dan berikan tekanan elektrik.) Harga di pasaran untuk yang portable melebihi RM 8 ribu seunit. AED tidak dijual di farmasi ye, ianya boleh dibeli di kedai medical supplier. Saya difahamkan di negara seperti US, jalan rayanya disediakan dengan AED setiap beberapa km.


Di dalam nota di atas, selepas pad di pasang mengikut arahan di dalam AED, butang shock akan menyala, pada masa ini orang yang memasang AED perlu menyebut, "I clear, you clear, everybody clear", dan barulah menekan butang shock. Ini bertujuan supaya mangsa tidak disentuh semasa renjatan elektri di buat. Jika di atas dada mangsa ketika itu ada baju contohnya, baju tersebut boleh terbakar, ianya akan membahayakan mangsa atau orang yang menyentuhnya.

[Mangsa sedar selepas CPR dibuat]

Jika perkara ini berlaku, mangsa perlu diletakkan dalam recovery position bagi:

-Memudahkan mangsa bernafas.
-Untuk menyenangkan bendalir di dalam mulut keluar.


Gambar mangsa dalam recovey position.

Semasa latihan dibuat saya juga mencuba buat CPR pada patung. Untuk tekanan 30 kali di dada bagi saya agak mudah tapi semasa 2 kali hembusan, dada patung tu naik sedikit sahaja bila saya hembus. Buat pada patung tidak sama dengan keadaan sebenar, cikgu kursus first aid kata, in reality adalah lagi susah. Semasa CPR dibuat, tulang mangsa boleh patah, tapi masih perlu diteruskan demi untuk menyelamatkan mangsa. Nyawa mangsa tidak boleh diganti tapi tulang patah boleh dirawat.

Nanti saya sambung pula dengan episod tercekik. Tunggu ye.

Comments