Kursus First Aid Episod 1

Teks:azrinbadrinas
Foto:Koleksi sendiri dan fb





Saya berpeluang mengikuti kursus First Aid selama 2 hari anjuran ASEC. Ini adalah kali pertama saya mengikuti kursus seumpama ini. Kursus ini  pada saya amat baik sekali untuk semua  individu. Ianya adalah info-info yang sangat berguna dalam memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa sebelum rawatan perubatan tiba. Dengan bimbingan dari cikgu Amira dan Cikgu Alia kursus ini sangat menarik sekali. Prop yang disediakan untuk latihan amali semuanya lengkap.

Sekurang-kurangnya, selepas mengikuti kursus ini, saya tahu apa yang perlu dilakukan dalam keadaan kecemasan. Sebelum membantu mangsa, kita perlu melihat tempat kejadian, sama ada tempat itu adalah selamat untuk diri kita. Ini bukankah bermaksud kita pentingkan diri sendiri, kerana keselamatan diri kita juga perlu diberikan keutamaan. Seperti yang kita nampak di tempat-tempat pembinaan contohnya, mesti akan ada perkataan "safety first". Semasa kita hendak membantu mangsa, kita juga  kena  pastikan apakah bantuan yang hendak diberikan. Adakah mangsa itu mengalami kepatahan, sesak nafas, tidak sedarkan diri atau hanya luka-luka kecil sahaja. Apakah pula tindakan kita selepas memberikan rawatan kecemasan. Apabila pasukan untuk memberikan rawatan atau ambulan tiba, siapakah yang perlu dihantar dahulu, sekiranya terdapat lebih dari satu mangsa.


Saya berpeluang belajar membalut luka, menghentikan pendarahan dan dalam gambar di atas, tindakan yang perlu diambil apabila mangsa patah tangan. Cara menganduh mangsa kepatahan bagi mengelakkan anggota yang patah bergerak. Selepas menganduh tangan, perlu pastikan tangan mangsa memberikan respon dengan cara memicit jari mangsa, mengarahkan mangsa menggerakkan jari. Ini bagi memastikan tangan mangsa masih boleh berfungsi dengan baik.

Saya akan ceritakan teknik DRCAB untuk bantuan CPR dalam Kursus First Aid Episod 2 nanti. Tunggu ye.



Comments