Kek Coklat Moist with Love

Teks: azrinbadrinas abu bakar
Foto: koleksi sendiri

Khamis lepas, sampai di rumah jam 5.35, sempat lagi layan cerita Adam & Hawa, lakonan Aaron Aziz. Walaupun sudah berapa kali diulang tayang, tapi masih belum jemu menontonnya.

Jam 6, terus saja saya mengadun kek coklat moist. Tempahan yang diterima dua hari lepas adalah untuk sambutan hari lahir anak saudara teman sepejabat. Katanya kek saiz kecil sahaja lebih kurang 700g, tapi saya buat saiz besar 8 inci segi empat dengan berat lebih 1kg. Sengaja saya buat begitu memandangkan beliau adalah pelanggan tetap kek coklat moist dan rajin memberikan testimoninya kepada saya.

Kek coklat ini sangat mudah untuk menyediakannya. Dengan tepung segera Mek Siti, dalam beberapa jam sahaja, sudah boleh dihidangkan.

Pada kali ini saya bermula jam 6, kek siap dibakar 7.30 petang. Selepas Maghrib sambil melipat baju dan mengajar Akif kerja Matematik, kek pun dah agak sejuk sedikit. Memang saya buat lebih kali ini, sebab dah tahu anak-anak sudah lama tidak makan kek. Terus sahaja saya double boil coklat untuk hidangkan supper anak-anak. Sambil anak-anak menikmati kek, saya pun sudah siap kek coklat moist with love.





Kek coklat moist with love:

250g tepung kek coklat Mek Siti 
Telur 2 biji (saya guna saiz c)
1/2 cawan susu pekat (saya guna susu F&N dan kurangkan sukatan)
1/2 cawan susu cair (saya guna susu dutch lady full cream dan saya lebihkan jadi 1 cawan)
1/2 cawan minyak (saya guna minyak masak Saji)

- pukul telur hingga sebati 
- masukkan susu pekat, susu cair dan minyak. Kacau sebati.
- masukkan tepung, kacau  sebati.
- tuang dalam acuan.
- bakar suhu 170'c sehingga masak. (Oven saya lebih kurang 80 minit)

Toping 

Milk chocolate  beryls 
Sedikit susu cair 

- cairkan secara double boil.
- tuang atas kek apabila kek dah sejuk.

…Saya guna acuan 8 inci yang dilapik kertas. Di tepi acuan saya sapu sedikit shortening dan taburkan dengan tepung gandum, untuk mengelakkan kek melekat.

…Untuk 2 acuan bersaiz 8 inci, saya buat 4 adunan untuk resepi di atas.




Comments