Roti

Teks: azrinbadrinas
Foto: Koleksi sendiri

Saya mula terjebak dengan roti sejak join "kelab roti (KR)" dalam fb. Macam-macam roti yang dihasilkan oleh ahli-ahli kelab ini. Semuanya sangat mengancam sanubariku ini.

Sebenarnya sudah lama saya beli breadmaker kat rumah, cumanya breadmaker tu guna untuk buat roti benggali saja cicah dengan sup, roti-roti lain belum pernah cuba. 

Untuk pertama kali saya ambil resepi dalam KR dan balik mencubanya, wallah, hasilnya tidak mengecewakan, lembut dan sangat gebu. Apa lagi, membuak-buak la semangat untuk meroti. Kebetulan pula, sis Jannah ada buat kelas roti kat Sik, time cuti cuti sekolah, terus ajak suami dengan anak-anak ke sana. Dapat jugak cuti-cuti Malaysia sambil pergi kelas roti. Ada 12 jenis roti yang diajar. Boleh la kita jamu mata dengan hasilan roti di kelas roti Chepir, Sik, Kedah.





Selepas balik dari kelas roti, tiap-tiap weekend mesti meroti. Order dari kawan-kawan pun hanya boleh buat hari Ahad sahaja. So, roti saya hanya ada seminggu sekali. Itu pun sekali buat, tak boleh banyak-banyak sebab breadmaker tu sesuai untuk tepung 1kg sahaja. Mungkin kalau dah ada mixer heavy duty, bolehlah saya ambil tempahan lebih banyak.

Jom cuci mata pula dengan roti yang pernah saya hasilkan.







Sudah lama tidak meroti, sejak Ramadan ini, rindu rasanya nak makan roti handmade. Mungkin akan sambung selepas raya nanti, Insya Allah.





Comments