Resipi Crunchy Caramel Almond

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri

Alhamdulillah, perancangan untuk habiskan tempahan kuih dan baju raya 10 hari sebelum aidil fitri telah berjaya. Semoga 10 malam terakhir Ramadan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya, InsyaAllah.

Tempahan Crunchy caramel almond (CCA) adalah yang terakhir disiapkan. Saya percaya pengunjung blog RIS juga boleh buat sendiri CCA ni. Semua bahan di bawah boleh didapati dari kedai bahan bakeri.

Resepinya:

400g badam keping/badam hiris/almond flake
100g kuaci hijau
100g kuaci bunga matahari
10g bijan hitam
400g tepung florenta

Campur semua bahan, gaul sebati. Nipiskan dalam tray dan bakar 8 - 10 minit dengan suhu 150 'c. Potong semasa masih panas.





Comments