Resipi samperit

Teks: Azrinbadrinas
Foto: Koleksi sendiri


Coklat badam tahun ni terhad untuk 20 balang saja. Alhamdulillah order setakat ini 950 biji untuk yang bertanya "buat tak coklat badam tahun ni?". Memang kena buat lebih sikit, sebab tak sampai hati kalau ada yang bertanya "ada lebih tak?".




Target sehari 200 biji selama 5 hari boleh dapat 1000 biji. Biasanya saya akan mula sebelum sahur kalau hari bekerja, kalau hari cuti lepas sahur dan boleh buat banyak sikit. Memang agak kelam kabut sikit kalau hari kerja, nak siapkan hidangan sahur, kejutkan anak-anak, tahu-tahu sajalah, budak-budak kadang senang bangun kadang susah. Nak kemas dapur lagi. Nak kejut anak-anak pergi sekolah pula, anak-anak akan tidur balik selepas sahur.

Dalam kepala dok terfikir kuih raya apa yang nak buat tahun ni. Anak-anak dah minta buatkan samperit. Samperit putih memang kuih raya setiap tahun. InsyaAllah tahun ini biskut samperit dan kalau rajin boleh buat biskut peanut butter dalam acuan tat.

Sedapnya nampak samperit dari blog mas-dapurmas.blogspot.com  

Resepi samperit saya ambil dari Kak Nab. Terima kasih kepada empunya resepi dan empunya foto samperit.

250g butter
150g gula castor
6 biji kuning telur
1 cawan tepung gandum (goreng tanpa minyak)
Tepung jagung secukupnya

1. Butter dan gula gaul sebati.
2. Masuk kuning telur sebiji demi sebiji.
3. Masuk tepung gandum.
4. Masuk tepung jagung sehingga boleh tekan.
5. Tekan dan bakar sehingga masak.




Comments