Menu Untuk Seminggu

Teks: Azrinbadrinas
Foto : google

Barang untuk masak hari ini dah habis. Last semalam tinggal 5 ekor ikan kembung sahaja. Menu berbuka semalam ialah ikan goreng, sambal tumis (sambal saya letak asing supaya si kecik Farieha boleh makan sebab dia tak makan pedas) dan salad telur rebus berserta sambal belacan. 

 
Salad Telur: Telur rebus saya potong bulat dan letak atas salad dan timun dan saya siramkan dengan sos (campuran sambal belacan, sos tomato dan sedikit air).





Dek kerana tiada perancangan yang teratur, menu untuk hari ini mungkin sambal tumis ikan bilis dengan sayur campur. Saya punya bilis tak ada  petai ye.Esok pula, belum tahu lagi apa yang nak dimasak. Terima kasih pada yang empunya foto ye.

Oleh sebab itu, saya telah buat menu untuk seminggu, supaya senang apabila ke pasar nanti dan beli barang yang mencukupi.

Menu:

  • Sabtu - berbuka di rumah mak, tak perlu masak
  • Ahad - Nasi ayam
  • Isnin - Kari ikan, ikan goreng
  • Selasa - Daging masak merah, telur dadar
  • Rabu - Siakap 3 rasa, kailan ikan masin
  • Khamis - Ayam paprik
  • Jumaat - Sup sayur & daging, Daging masak bamia (1st time nak try ni, sebab tu saya partnerkan dengan sup sayur, takut anak-anak tak makan daging masak bamia tu)

Comments