Jubah abaya Kak Yah

Teks: azrinbadrinas
Foto: koleksi sendiri

Semalam, Penang bercuti sempena hari warisan. So, we all cuti 3 hari termasuk Sabtu dan Ahad. Saya pun ambil kesempatan cuti ni untuk meneruskan projek baju raya.

Kain Yasmine De Italy Digital Design adalah projek jubah abaya saya yang keempat. Empat macam banyak aje kan. Kali keempat jahit abaya, macam-macam pengalaman yang saya jumpa. Antaranya tersilap gunting kain. Jubah abaya ini sebenarnya one piece saja. Tapi hari tu, entah macam mana terjadi 2 pieces pula. Boleh saja jadi jubah, cuma tak cantik sangat. 

Bercerita pasal kain yasmine, kainnya licin, agak mencabar untuk jahit bagi saya yang masih amatur. Kain ini memang ada bau bunga Jasmin tambah-tambah bila saya iron baunya lagi menyerlah. Best sangat.





Jubah ini untuk kakak saya, sebab tu berani nak ambil tempahan. Untuk bahagian penyambung tangan dan tengah baju saya jahit lace. Lace warna emas ini saya beli dengan harga RM16 semeter. Satu meter setengah lace cukup untuk kedua belah tangan dan bahagian tengah baju.

Baju yang dah siap nanti saya akan upload. Lupa pulak nak snap foto.

Comments