Duit Raya

Teks: azrinbadrinas
Foto: google




Saya dah berkira-kira untuk mengagihkan duit raya, sempat juga siapkan list penerima duit raya tahun ini. Tiba-tiba terlintas pula di fikiran, sedekah bulan Ramadan adalah sangat dituntut. Saya pun terus google mencari sedekah bulan Ramadan atau Syawal, yang manakah lebih afdal. So, saya telahpun mendapat jawapannya. Marilah sama-sama bersedekah di bulan Ramadan.

Saya share dari rakan fb:

Sedikit perkongsian di penghujung ramadhan---
Duit Raya - kenapa perlu tunggu Hari Raya utk di agihkan?
Ingin berkongsi saranan tazkirah ustaz semalam. Kesilapan kita membudayakan duit Raya atau 'angpau' sepatutnya perlu di ubah. Selain kita perlu elakkan dr mengikuti budaya kaum Cina, beliau menyarankan agar duit Raya d agihkan semasa bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan adalah bulan sedekah dan ganjaran bersedeqah d bulan Ramadhan d gandakan 70 x ganda atau lebih. Rasulullah menjadi lebih dermawan d bulan Ramadan seperti 'angin berlalu'.
Apa kata kita berubah dan mulakan pada tahun ini. Mulalah agihkan kepada isteri dan anak2 kita sampul duit raya awal. Simpan siap2 utk kita mula agihkan kpd anak2 kecil yg kita jumpa d surau, masjid, pasar malam sampul duit raya kita. Sudah pasti anak2 akan lg bergembira utk menyambut Syawal yg akan mendatang...
Salam aidilfitri dan panjang2kanlah utk kebaikan umat...

Comments