Doa Untuk Palestin

Teks: azrinbadrinas
Foto: Google

Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat pengunjung blog RIS. Hari ini dah masuk 3 Syawal bermakna hari ke-3 kita menyambut hari raya. Dalam kita bergembira menikmati hari raya, marilah kita minta dan berdoa kepada yang maha esa untuk saudara  seislam kita di bumi Palestin.


Aminnn.

Sumber: Berita Harian

Angka kematian Gaza 1,200 orang ketika usaha gencatan senjata digerak

BANDARAYA GAZA: Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) melahirkan kesediaan untuk terima gencatan senjata dan Washington berkata, Israel sudah meminta bantuan bagi meredakan konflik yang memasuki hari ke-23 sehingga mengorbankan lebih 1,200 orang.

Bagaimanapun, kerajaan Israel masih berdiam diri berkaitan perkara itu sambil meneruskan bedilan sehingga mengakibatkan kematian meningkat lebih tiga minggu selepas tentera rejim melancarkan serangan terhadap pejuang Islam.
 
Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry berkata, Presiden Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sudah meminta bantuan Amerika Syarikat bagi cuba menjadi orang tengah gencatan senjata berkenaan. - AFP




Comments