Pengenalan



Teks: Azrinbadrinas

Ahlan wasahlan, welcome, selamat datang ke Blog Rahsia Idaman Suri (RIS). Salam perkenalan dari saya untuk semua pengunjung blog RIS.

Sedikit mengenai diri saya. Nama penuh Azrinbadrinas binti Abu Bakar, berasal dari Pulau Pinang. Mendapat pendidikan awal di Pulau Pinang seterusnya menyambung pengajian dalam bidang Computer Studies di Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, dikurniakan 3 orang cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan suami tercinta Muhamad Zamri Ariffin. Nice to meet you, abang.

Saya minat baking cakes, cookies sejak tahun 2006 yang pada mula hanya untuk makan-makan seisi keluarga dan juga mengisi masa lapang, dan alhamdulillah hobi bertukar menjadi sumber pendapatan sampingan dengan tempahan dari sahabat handai dan rakan taulan. Terima kasih Ya Allah atas nikmat dan rezeki yang engkau berikan.

Menjahit adalah terapi bagi saya, sejak ada mesin jahit tepi aktiviti menjahit menjadi semakin rancak. Diikutkan hati semuanya nak jahit sendiri. Namun atas sebab suami dan anak-anak diberikan keutamaan, maka saya perlu bijak membahagikan masa untuk keluarga, buat kek dan juga aktiviti menjahit. 

Saya harap coretan saya di sini dapat dikongsi bersama dengan tetamu blog RIS. Sharing is caring.

Salam ukhuwah,

azrin

Comments