Trip ke Pulau Langkawi

Teks: Azrinbadrinas abu bakar
Foto: Koleksi sendiri


Pada awal bulan September saya sempat berkunjung ke Pulau Langkawi dan menginap di De Baron Resort. Maksud Baron adalah golongan bangsawan atau usahawan besar, jadi tidak hairanlah selain De Baron Resort, terdapat 4 lagi hotel di bawah Baron Group of Companies iaitu Baron Hotel Kuah, Langgura Resort, Malibest Resort dan Best Star Resort.

 Pemandangan di lobi De Baron Resort

  
Di belakang hotel

 
 Kolam renang di belakang hotel berdekatan dengan laut

 
 Pemandangan laut dari De Baron Resort. Suasana yang tenang dan damai.

 Pondok Tok Rosiah untuk beristirehat sambil menghirup angin laut

Kafe Tok Tijah

Pada hari pertama sampai adalah misi survey coklat, antara kedai yang dikunjungi ialah Haji Ismail Group atau lebih dikenali dengan HIG. HIG kini telah mempunyai kompleks dan hotelnya sendiri, syabas dan saya turut merasa bangga dengan mereka yang telah mencapai kejayaan. Jika hendak tahu kedai coklat mana yang banyak kali dikunjungi atas faktor harga pada masa itu, bolehlah hubungi saya.


Inilah hasil tuaian saya semasa di Langkawi. Syurga coklat...jom jamu mata dengan koleksi coklat yang dibeli. (foto ini adalah dari google)

 MilkyWay, Daim dan Snickers. 

Hersyes Almond  Kisses  

'
Hanuta dan Elvan Truffle. Hanuta adalah coklat dengan kekacang yang diapit dengan wafer. 



 Smarties mini untuk kanak-kanak cerdik pandai. Andes dengan rasa mint di tengahnya dan Coklat Goldkenn di dalamnya terdapat badam hiris. Coklat Goldkenn sesuai untuk djadikan sebagai hadiah dengan packaging goldnya dan diletakkan di dalam kotak lutsinar, nampak mewah dan eksklusif.

Coklat Bounty pula mempunyai inti kelapa di dalamnya.


Coklat yang dipek kecil sebagai buah tangan keluarga dan sahabat handai

Kami berkesempatan mengikut Sunset Dinner Cruise, tapi hari tersebut sun sad sebab hujan. Alhamdulillah hujan tidaklah berapa lebat dan dapatlah menikmati pemandangan dan hidangan yang disediakan. 

Bertolak dari jeti berdekatan Aseania Resort.

Berjalan untuk menaiki kapal cruise

Menaiki cruise

Pemandangan dari cruise

Pemandangan dari cruise
Pemandangan dari cruise
Cruise akan berhenti dan jaring direntangkan untuk mandi di laut. Penumpang juga boleh terjun ke laut.

Shopping lagi di kedai coklat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sebelum balik.



Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada suami dan bonda mertua serta adik ipar yang membantu menguruskan anak-anak syurga saya semasa pemergian saya ke Pulau Legenda.





Comments